Puasa Tahun 2067

Hari ni, gua masih mampu meneruskan puasa gua walaupun umur gua tidak mengizinkan. Bila dah tua, macam gini la rupa. Sahur tadi, gua dah telan pil Mexytophenex sebiji, pil yang dicipta bagi menggantikan nasik. Em, gua rindukan sahur gua dengan nasik, walapun time sahur..gua tolak nasik tu dengan air sebab tak larat nak kunyah. Cucu gua pun taktau apakebenda nasik ni, apatah lagi beras. Istilah petani, sawah padi dan orang-orang, hampir tidak dituturkan sejak 20 tahun lepas.

Tiada lagi bazar ramadhon yang menjual soya, karipap tak sedap, ayam golek, kurma yusuf taiyobb, nasi kerabu dan bubur lambok. Yang tinggal adalah Mexytophenex, Nythone C, Mextraphezon, Crasenphone dan lain lain.

Em. Gua rindu puasa zaman muda gua.. zaman yang gua maki penjual bazar lepas berbuka.

(bersambung)

2 comments:

Gangstamario said...

mesti kes lu beli air tp air itu tak dak gula

Kuwe said...

biasanya.. air ni gua test dulu. gua lupa test pulak.