Membeli di Kedai

Pernahkah lu time membeli di kedai, ada orang datang ke lu dan tanya macam macam hal barang? Sebab mereka ni ingat lu ni tukang jaga kedai kat situ. Dulu, ada sekali tu time kena kat gua.

"Dik, berapa harga berus gigi ni, akak tengok takda tanda harga pun"

"60sen", balas gua dengan senyum yang tak nampak gigi. Gua senyum sebab nak bagi hint yang gua ni bukan tukang jaga kedai runcit tu. Lagipun, berus gigi jenis apa 60sen woi? Takkan tak reti pikir.. ha? ha?

****

Selepas gua menguruskan hal ehwal pembelian gua. Gua berlalu pergi. Kat depan kedai, gua berselisih bahu dengan kakak tua tadi. Dia jeling sambil tunjuk muka sanquick.  Ha..ha..ha.. gua macam dah boleh agak apa yang terjadi kat kaunter kedai tadi.

Gua dengan perasaan teruja, nak tau jugak la berapa harga berus gigi tadi. Gua masuk laa balik ke kedai nak cek.

"RM 7.20"

2 comments:

Anonymous said...

kata xde tanda harga.mne datang 7.20

Kuwe said...

+1 bagus penelitian saudara.

Ado dekat papan. Bukan dekat barang.