Akta Pejadah?

Akta 114A Keterangan (Pindaan) 2012 ni sungguh sejadah sebenarnya (gua memang tulis 'sejadah', gua tak typo). Tapi gua tak pastilah dah ada orang ke penjara belum sejak berkuatkuasa 1Jun dulu. Semalam 14Ogos hari internet blackout, hari membantah akta bagi pencinta internet, dan juga sebagai peringatan ummah. Untuk orang orang yang lembap otak, dan hidup hanya bermain facebook je, gua malas nak terang satu satu. Berkenaan Akta Sejadah:

1. Jika ada orang komen kat blog gua, menulis apa apa yang boleh dianggap hasutan internet. Gua yang kena menghadap mahkamah nanti,bukan orang yang tulis komen tadi.

2. Jika gua tulis status kat facebook. Ada setan komen menghasut. Gua yang kena menghadap mahkamah nanti. Bukan orang yang tulis komen tadi, sebab tu wall gua!

3. Jika gua pergi cc. Gua bukak facebook, dan terlupa nak logout. Ada setan tulis status hasutan dekat wall gua. Gua yang kena menghadap mahkamah nanti.

4. Jika gua bukak wifi gua, tak set password sebab tak reti. Jiran yang setan pakai wifi gua, post apa apa hasutan kat internet. Gua yang kena menghadap mahkamah nanti.

5. Jika ada setan guna gambar gua, nama gua, dan identiti gua untuk create facebook mahupun twitter. Lepas tu buat hasutan internet. Gua yang kena menghadap mahkamah nanti.

6. Dan lain lain. Gua yang kena menghadap mahkamah untuk membuktikan gua tidak bersalah. Gua tidak banyak masa, gua ada isteri dan anak anak.

7. Prinsip keadilan, seseorang tidak setan selagi dia tidak dibuktikan dia setan. No 1 sampai 4, gua dikatakan setan, dan gua perlu membuktikan gua sendiri ni bukan setan. Haa, rumit betul perumpaan gua. Orang power macam gua je boleh tangkap.

Untuk orang yang lembap otak. Boleh baca forumCari , amanz.my , naimpintal , cywar , tukartiub , utusan



0 comments: