Kenangan Puasa

Banyak betul entry hal puasa gua tulis ni. Peduli hape gua, takkan gua nak tulis pasal projek NFC Shahrizat pulak?

****

Masa gua duduk hostel dulu, zaman zaman baru masuk universiti. Hal berbuka puasa gua, ditentukan gua sendiri. Biasanya, kalau gua tak masak di hostel, gua akan memasak di Bazar Peringgit. Berjalan di Bazar Peringgit ni yang paling celaka sekali, yakni disebabkan:

1. Gerai ya Rabbi punyalah banyak. Gua pulak bukan ada duit sangat. Habis habis gua bawak balik sebungkus nasik dengan air je. Pemergian gua ke bazar sebenarnya sekadar pelengkap puasa..

2. Awek nurse ya Rabbi punyalah banyak. Selain membawak balik sebungkus nasi dan air. Gua jugak membawak balik 6/10 makruh. Mak gua pernah berfalsafah, puasa kita ni ibarat jari anak je. Kalau sekali makruh, potong sikit, sekali makruh, potong lagi sikit. Selalunya, ummah ummah kita ni, 8 ke 9 kali potong dari 10. Emmmm, rumit betul perumpaan mak gua ni. Gua pun tak paham jugak ni. kakaka.

3. Celaka, kenangan apa yang gua nak tulis tadi. Nanti gua sambung ah. Dah nak berbuka. Muah.

0 comments: