Mercun (Part 2)

Pehh. Kasar punya bergurau. Kat situ ada gua dengan dia je, habis gua nak tuduh sapa yang buat? Gua pun belum pernah dengar jin kapir main mercun. Gua panas, perangai perangai barua macam ni gua tak boleh biar. Member gua ni besar sikit dari gua, umur pun tua sikit. Gua pikir, kalau gua timbuk dengan tangan kosong, silap silap gua yang kena timbuk balik.

Gua capai bata rumah yang ada depan gua. Bata yang elok elok lagi empat segi tepat. Gua baling tepat ke dia, perghhhh landing kat pinggang. Berubah jugak muka kawan gua ni. Kawan gua lepas tu kata "aku tanak kawan kau sampai bila bila, cukup setakat ni saja" ,sambil berlalu pergi bersama angin.

Gua naik ke rumah dan sambung menangis. Gua ada cakap tak tadi gua menangis kena mercun tu?

0 comments: