Bertemu Kawan Lama

Gua ada terserempak dengan member lama. Kalau dikira kira hampir 10tahun jugak la tak berjumpa mata, nasib baik la dia cam gua. Sebab gua ni maintain kacak dan pendek. Kalau diikutkan gua, gua memang tak cam dia langsung, apatah lagi nak recall nama!

Hampir 2 3minit berborak. Gua dah takda idea dah nak borak mende. So, gua kabar ke dia yang gua ada kerja nak diuruskan, dan jumpa lain kali.. baru boleh borak panjang. Modal "ada kerja nak diuruskan" ni memang feveret gua kalau berjumpa member lama. Ha..ha..

Berbalik kepada cerita. Sampai ke hari ni la gua tak jumpa dia, dan dia pun tak jumpa gua. Sebabnya gua tak ambik pun nombor dia, facebook ke hape ke. Sebab gua malas, dia pun gua rasa malas jugak.

Gua yakin lagi 10tahun baru jumpa balik. Time tu gua rasa, gua pakai modal "ada kerja nak diuruskan" jugak. Ha..ha..

K. Bosan juga cerita gua ni.

1 comments:

FarhanaDr said...

Hahahaha. Hahahaha. Ini pun boleh cerita. :p