Tegur

Mak gua ni, kalau nak menegur gua, kadang tak direct. Kalau time tu gua bengap, tak dapat menangkap la apa yang mak gua cakap, memang tak menjadi apa la teguran mak gua tu.

Pernah time kecik, gua tengok tv dalam semeter jarak dia, bukak sound 20. Sound 20 untuk tv bongkah gua tu, dah kira cukup power habis. Nasib baik la gua tak amal sampai ke sekarang, kalau tidak, sudahlah rabun dasyat, pekak pulak tu.

***

"Abe, nak tahu tak. Dulu, masa mama beranak ke abe. Alhamdulillah cukup sifat, normal, tak cacat"

1 comments:

FarhanaDr said...

Haaaaa. Dengar tu abe. :)