Perangai

"Kau tau tak, perangai tolol kau hari ni. Akan membentuk anak cucu cicit kau jadi bangang. Reti? Kau nak generasi kau jadi macam tu. Ha?ha?", tegas Ahmad Bustaman Shah kepada Mat Rani.

Mat Rani ni, memang jenis manusia tak berjenis sikit dalam kampung. Nasib baik tak hisap dadah je!

"Yela Man.. tapi kan. Aku tengok kau ni, bangang berpuaka jugak. Datuk kau dulu jenis macam mana?",balas Mat Rani.

Rokok dijatuhkan ke atas tar, Mat Rani pijak dan gesel untuk memadamkan api. Mat Rani berlalu pergi.