Raya Cina

Kaakaka lama jugak tak update. Serupa kera punya perangai! Sebab tu gua taruk nama serupakera. Begitulah ceritanya.

Hari ni gua nak cerita hal ehwal raya cina. Oleh kerana depan rumah sewa gua ni ada deretan 4 5 buah rumah cina. Betul betul depan rumah gua ni, seorang uncle cina yang beriman, gua tengok hari hari dia semayang. Sebelah rumah dia keluarga cina kawin dengan orang putih, raya cina dia pasang tanglung, raya krismas dia gantung stokin. Sebelah kanan rumah uncle tadi pulak keluarga cina lebih kurang 40an umurnya.

Gua tidak pasti berapa lama sebenarnya gua duduk kawasan kejiranan macam ni. Yang gua pasti, gua tidak pernah berborak dengan jiran jiran gua sendiri. Ini yang najib dengan polis marah. Najib marah kerana pembawakkan nur 1Malaysia masih tidak sampai ke tempat gua, dan polis marah sebab terpaksa buat rondaan dengan kerap ke kawasan perumahan gua. Katanya polis "jenayah berlaku, terutamanya kecurian disebabkan kita tidak kenal siapa jiran kita". Oleh kerana gua seorang bujang yang tidak berharta, maka gua rasa tidak perlula gua berborak borak dengan jiran cina gua ni. Kakakaka. Setan.

Ahhh, rumah nenek gua dekat kampung, kena masuk pencuri. Alih alih, pencurinya anak jiran sendiri. Apehal ni polis ha apehal? Hal ehwal pencuri rumah nenek gua pun masih tidak selesai sampai sekarang, kerana jiran nenek gua ni banyak pulak anak yang menagih dan mencuri. Dua mati eksiden, ada lagi pelapis. Berpisah tiada. Berbalik kepada rumah nenek gua, sekarang rumah nenek gua dah pasang jeriji besi, dari tingkap, pintu pintu, hatta pintu nak ke jamban. Hari tu masa gua balik kampung, sakit perut 3 pagi. Terpaksa perap sampai ke subuh, kerana gua takda kunci jeriji jamban! Pencuri babi.

Begitulah cerita raya cina gua.



2 comments:

FarhanaDr said...

Err. Raya cina ke raya cina? Hehe.

Kuwe said...

Cina punya raya, ummah melayu raya sakan.