Shiro

Dalam hidup gua, gua kenal 3 jenis shiro je. Shiro maharajalawak, shiro anjing shin chan, shiro anjing cina depan rumah gua. Yang gua nak cerita sekarang ni, shiro anjing depan rumah gua.

Shiro ni, gua taktaula apa masalahnya. Menyalak tak kira tempat, nampak posmen menyalak, nampak afrika lalu pun menyalak, nampak kereta pun menyalak. Timing pun tak kena, jenis tak hormat orang azan. Mungkin gua perlukan khidmat akak Sharifah Zohra Jabeen. Kadang kadang gua melayan jugak salakan si shiro ni, manala tahu mungkin dia sebenarnya nak berborak ke mende. Ni orang panggil, menganjingkan anjing.

2 comments:

FarhanaDr said...

Sambil menghabiskan perenggan akhir dengan ayat "menganjingkan anjing" sambil memandang kera di atas. Haha. Memang menganjing betul. Serupa kera. Haha. =p

Kuwe said...

Diatas header blog ke atas syiling rumah hang. Hang bela ka. haha